Memang agak lama kebelakangan ini Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32 tidak kelihatan muncul dalam drama di televisyen ataupun filem.

Bila tersebar berita mengatakan seorang lelaki pelakon popular anak kepada seorang pelakon veteran yang popular ditahan polis kerana terlibat dalam kes pengedaran dadah tidak ramai yang menduga dialah orangnya.

Kemudianya desas desus hangat berlegar lebih-lebih lagi bila ibunya, Azean Irdawaty sendiri mengulas kata tak percaya kemungkinan Benjy boleh terlibat dalam kes seumpama itu.

Kini segalanya sah terjawab bila pihak polis sendiri mengesahkan pelakon yang ditahan itu ialah Benjy.

Ia agak mengegarkan dunia hiburan tanahair kerana ini adalah kes berprofail tinggi paling berat melibatkan seorang artis mengenangkan jika didapati bersalah ia boleh membawa hukuman mati mandatori.

Benjy yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 24 tahun di sebuah kondomunium mewah di Jalan Segambut petang Khamis kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 140 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.
Kedua mereka direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Benjy yang terkenal berlakon sejak zaman remaja pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin.
Azean mulanya mempersoalkan bagaimana anaknya itu boleh terlibat dalam kes itu memandangkan dia sering mengadu pokai dan tidak mempunyai kereta.
Sumber : Agenda Daily