KEMBALILAH SAYANG - YAP AMS
Seorang komposer muda yang berbakat besar saudara Yap AMS dengan hasil pertama sentuhan beliau merakamkan lagu Kembalilah Sayang.
Sebuah lagu lama dari kumpulan Revolusi ciptaan Yazeed Muhammad yang digubah dengan gaya muzik terkini yang nantinya diharap dapat diterima oleh masyarakat GenY yang sentiasa menanti kelahiran muzik2 terkini.
Serentak dengan lahirnya lagu ini maka Yap AMS kini secara tidak rasmi menjadi artis dibawah naungan Luncai Emas Publishing kerana beliau menyanyikan lagu artis dan pencipta yang bernaung dibawah syarikat tersebut.
