Salah seorang anggota kumpulan Ekamatra yang popular sekitar tahun 1980-an baru-baru ini sedang ditahan reman. Gara-gara tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah, pemuzik berkenan menerima musibah yang akhirnya memalukan diri sendiri.
Ramai yang hendak tahu siapakah anggota berkenaan? Populariti kumpulan Ekamatra pun bukan setakat suam-suam kuku, tetapi sudah tak suam langsung. Jadi, tak hairanlah kalau orang tak tahu siapa yang dimaksudkan.
Siapa yang kena? Joyah percaya akan tahu juga nanti sebab walaupun Joyah sudah tahu siapa, tak bolehlah melampaui tugas pihak berkuasa.
Apa yang boleh Joyah katakan beginilah keadaannya bila orang yang pernah popular terlibat dengan masalah yang memalukan. Walaupun sudah bertahun tak pegang mikrofon, artis akan tetap dikaitkan sebagai artis, sampailah dia orang ni sudah masuk kubur sekali pun.
Jadi, kepada artis-artis semua, walaupun sudah pencen jadi artis, jangan anggap orang sudah tak kenal atau orang lupa. Bila ada satu kes panas, memang nama anda akan diingati semula.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment